Skip to main content

kadang - kadang

kadang - kadang,
kita suka punya peminat,
biar ia misteri,
menangkap keling mata,
lihat meleret senyumnya,
atau
tersinggung cemburu bergaya.

kita fikir tertanya,
adakah itu sulaman cinta sekadar tanda.

tapi melawan syaitan lebih kuasa,
jejaka memandang kita,
dicantikkan wajah kita
di matanya,
walau tanpa sepalit solekan muka.
dibelakangkan pula,
syaitan durjana memasang
sengketa,
disusupkan nafsu pada punggung
nestapa,
walau sebenar hanya papan semata.

kadang kita menoleh kembali,
itulah dosa kita,
ingin dibalas senyum juga dosa, ingin ditatap mata juga
boleh gegak gempita syaitan ketawa,
mana taknya ia bahagia menang acara.

adakah tak terdetik halalkan sahaja,
atau kau bimbang takut mencuba.

kadang kita suka juga,
punya peminat heboh mengata,
bukan kerana kita perasan bangga,
tapi rupanya masih ada lagi insan
bermanis mulut tak habis2 di dunia.

kadang kita penat juga,
menjadi epal tinggi pohonnya,
digapai-gapai tak dapat,
digegar tak luluh dari dahannya,
namun satu hari pastikan jatuh di sekitarnya.

kadang kita berdoa juga,
moga tak jemu mencari kita,
membimbing sehabis boleh,
menggoda apatah lagi ye,
moga kau tahu halamu ke mana,
dan mesti terus bawa kita ini ke syurga bersama.

ok.fine.

kadang... ia sekadar kadang.



Comments

Popular posts from this blog

Alhamdulillah.syukur

Assalammualaikum w.b.t, kehadapan penulisan ku yang selalu menunggu nunggu ke hadiranku, saat kau masih menunggu aku menulis untukmu...aku lagi sibuk dengan kepelbagai aktiviti yang menghambat sekian waktu ku. aku menjalani kerja yang membikin hari ku pendek.tiba2 saja sudah habis waktu kerjaku.maka di malamnya aku lagi sibuk di dapur... hinggakan aku berkeinginan memiliki apron untuk mengelakkan bajuku basah akibat tgn ku yang gemar bermain air. aku juga ingin sekali menyatakan yang aku telah menerima undangan untuk bergraduasi.malah tarikh nya jatuh pada tanggal hari lahir bapaku. jauh di sudut hati ini agak sedih kerna kedua-dua nenda tiada lagi. aku teringin menyarungi mereka dengan jubahku. malah aku lebih sedih kerna tidak berkesempatan menikah di saat mereka mahu aku menikah.yaa..boleh jadi si dia akab cucu menantu yg mungkin paling disayangi jika nenda masih ada lagi. sungguh.aku rindu mereka. alfatihah.. aku lagi teringat akan hajat makteh yang mahu aku..tidak menyelin...

cinta bagaikan layang-layang

assalammualaikum w.b.t, dah kenapa tajuk cenggitu. sbb cite nye cenggini. org tnya.. cane la klu aku kene tackle. tackle ni ad beberapa tahap. 1. test market je 2. cinta si monyet 3. mg bersungguh2 nak ajak nikah. namun ketahuilah wahai adik2 ku syg. lelaki akan persistent flirt ke atas diri kerna ia mahu menghighlightkan dirinye sendiri. walau bagaimana pon, jika anda tak tahan dengan flirting y tak abis ni. anda boleh la ckp kt mamat tu. "tak penat ke tackle, tp org jual mahal? asal tak meminang je.. sy trimenye" haha. ok. tp hakikatnya. ad kawan ckp cinta bak layang2. kita kna pegang talinya. terasa jauh.. kite tarik kasik dekat. be fleksibel pada nya. hm.ntah papenye kawan. prinsipnye sekarang.. da tanak buang masa. declare2. lagha dik. lagha.. kite.becinte lepas nikah. mase tu.. layan awak flirting dpt pahala. tgk mata awk dpt pahala. lg klu rindu senyum awk pon dpt pahala tak agk2. dr dulu mg suke pratikan org yg cm ad minat kt diri ini. ...

Sungguh aku rindu

Perjalanan 2017 Nyata melelahkan aku. Sakit jerih perit itu. Moga mendewasakan aku. Diam takdiam Bulan kedua 2018 sudah menyapa aku. Aku masih kaku. Tanpa yearly wishlist yang biasa aku lakukan. Dan tahukah kamu Kurang dari 100hari ramadhan kan tiba lagi. Sungguh.. Aku rindu aku yg dulu. Dan Rindu juga momen dulu..​ Walau Ramadhan dah hampir kembali.. Aku masih tepu tak tepu. #titipanperantaudiyongpengjerr#