Skip to main content

Alhamdulillah.syukur

Assalammualaikum w.b.t,

kehadapan penulisan ku yang selalu menunggu nunggu ke hadiranku,
saat kau masih menunggu aku menulis untukmu...aku lagi sibuk dengan kepelbagai aktiviti yang menghambat sekian waktu ku.
aku menjalani kerja yang membikin hari ku pendek.tiba2 saja sudah habis waktu kerjaku.maka di malamnya aku lagi sibuk di dapur... hinggakan aku berkeinginan memiliki apron untuk mengelakkan bajuku basah akibat tgn ku yang gemar bermain air.

aku juga ingin sekali menyatakan yang aku telah menerima undangan untuk bergraduasi.malah tarikh nya jatuh pada tanggal hari lahir bapaku.
jauh di sudut hati ini agak sedih kerna kedua-dua nenda tiada lagi. aku teringin menyarungi mereka dengan jubahku. malah aku lebih sedih kerna tidak berkesempatan menikah di saat mereka mahu aku menikah.yaa..boleh jadi si dia akab cucu menantu yg mungkin paling disayangi jika nenda masih ada lagi.

sungguh.aku rindu mereka.
alfatihah..

aku lagi teringat akan hajat makteh yang mahu aku..tidak menyelindung jika aku punya pilihan sendiri.

sesungguhnya aku malu.
aku seorang perempuan.
mana pernah heroin mengejar heronya.
aku bisa aja melihat dari ekor mata.
namun tiada upaya melihat jauh di anak matanya.
mana mungkin kita berjuang untuk sesuatu yg bukan halal pada kita.
dan tiada mungkin aku berlumba2
mendapatkan laki-laki sedangkan laki-laki itu jauh sekali sekali menginginkan aku.

lalu aku hindari seluruh rasa itu.
aku tinggalkan ia jauh.
di sudut terpencil.
agar tak lagi berhubung.
malah tidak tercuit rasa
lagi.

senyum.

aku menasihatkan si adik.
usah lah bercinta.
cinta sesudah menikah
selang beberapa hari
aku pula seakan berperang
melawan
kata sendiri.
ya.
sebenarnya setiap nasihat
bukan buat si pendengar sahaya.
malah kepada diri ini sendiri.

kini sudah hampir tamat mac.
rezekinya mahu bernikah di mac.
nampak terkubur.
mungkin perlu setting baru.

maka....sampai sini dahulu tulisan aku buat kamu dan kamu..
doakan kami..
agar ditetap dgn iman kami.
malah Allah menyatukan hati kami. seperti mana ia menggerakkan nadi. seakan itu ia menggerakkan kami agar menjadi.
moga segala yg halal menanti dan memberkati pilihan jalan kami.
amin.

sampai.sini dulu... jagalah hati baik2. Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan. -luqman 31:22

Comments

Popular posts from this blog

cinta bagaikan layang-layang

assalammualaikum w.b.t, dah kenapa tajuk cenggitu. sbb cite nye cenggini. org tnya.. cane la klu aku kene tackle. tackle ni ad beberapa tahap. 1. test market je 2. cinta si monyet 3. mg bersungguh2 nak ajak nikah. namun ketahuilah wahai adik2 ku syg. lelaki akan persistent flirt ke atas diri kerna ia mahu menghighlightkan dirinye sendiri. walau bagaimana pon, jika anda tak tahan dengan flirting y tak abis ni. anda boleh la ckp kt mamat tu. "tak penat ke tackle, tp org jual mahal? asal tak meminang je.. sy trimenye" haha. ok. tp hakikatnya. ad kawan ckp cinta bak layang2. kita kna pegang talinya. terasa jauh.. kite tarik kasik dekat. be fleksibel pada nya. hm.ntah papenye kawan. prinsipnye sekarang.. da tanak buang masa. declare2. lagha dik. lagha.. kite.becinte lepas nikah. mase tu.. layan awak flirting dpt pahala. tgk mata awk dpt pahala. lg klu rindu senyum awk pon dpt pahala tak agk2. dr dulu mg suke pratikan org yg cm ad minat kt diri ini. ...

Sungguh aku rindu

Perjalanan 2017 Nyata melelahkan aku. Sakit jerih perit itu. Moga mendewasakan aku. Diam takdiam Bulan kedua 2018 sudah menyapa aku. Aku masih kaku. Tanpa yearly wishlist yang biasa aku lakukan. Dan tahukah kamu Kurang dari 100hari ramadhan kan tiba lagi. Sungguh.. Aku rindu aku yg dulu. Dan Rindu juga momen dulu..​ Walau Ramadhan dah hampir kembali.. Aku masih tepu tak tepu. #titipanperantaudiyongpengjerr#