Skip to main content

anugerah..

assalammualaikum....

anak satu anugerah.
dan anugerah ini perlu dilengkapi dengan amanahnya.
aku dengar slot dr.muhaya kat ikim, rabu mggu lepas.

kenapa nak anak?
kerana sambung zuriat?-keturunan gah kah dikau hingga risau akan kelangsungan meneruskan generasi.
kata dr.muhaya anak ini adalah tiket kita di akhirat.
boleh menentukan bagaimana bekal dunia kita utk akhirat nanti.

ia buat aku berfikir dan termenung...
*walaupon belom kawin, itu x menghalang mindaku bercambah.

anak bagai kanvas putih.
kita yang mencoraknya.
justeru, mengingatkan aku akan firman Allah. ibu dan bapa lah yang menentukan anaknya nasrani atau yahudi.

hari ni berbicara.tentang anak lagi.
*fyi, opismate sume dah kahwin dan beranak pinak.
isu ini diutarakan gara2, A yang bernikah tahun lepas dan sudah 8 mggu mengandung, doc br sahkan anaknya kembar.lalu akak2 lain mula berpendapat kadang Allah beri kerana itu memang semampu kite bsabar. kak L tambah usahanya menambahkan anak selepas anak bongsu nya 'disimpan Allah', tidak berjaya2 lagi.malah kak M bercerita tentang anak nya yang terkena air panas pula dan sering menunjuk tangannya yang kotor(sedang kotor itu kulit perot anaknya yang ditampal menutup kesan di tapak tangan tu). aku bercerita tentang kawan ku, yang punya adik kembar sepasang malangnya disimpan Allah setelah bijak berjalan.inallillah..

haiissshhh... buat aku pon berfikir 'layakkah aku punya anak nanti'adakah aku mampu melaksanakan amanah itu agar disempurnakan agama syumul di hati dan setiap tingkahnya.

adakah amanah ini kan menarik aku ke syurga (moga2) atau mengheret ku ke neraka(mintak dijauhkan)

dan

apakah Allah akan memberi kita kesempatan merasa amanah itu.
hanya Allah yang tahu.

rabbana habli minal solihin.
-doa agar dapat zuriat yang soleh.inshaAllah.

p/s : gambar tu baby faezah.semoga faezah ini adalah anak soleh,bijak dan baik hati.

sampai sini dahulu ye. wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Alhamdulillah.syukur

Assalammualaikum w.b.t, kehadapan penulisan ku yang selalu menunggu nunggu ke hadiranku, saat kau masih menunggu aku menulis untukmu...aku lagi sibuk dengan kepelbagai aktiviti yang menghambat sekian waktu ku. aku menjalani kerja yang membikin hari ku pendek.tiba2 saja sudah habis waktu kerjaku.maka di malamnya aku lagi sibuk di dapur... hinggakan aku berkeinginan memiliki apron untuk mengelakkan bajuku basah akibat tgn ku yang gemar bermain air. aku juga ingin sekali menyatakan yang aku telah menerima undangan untuk bergraduasi.malah tarikh nya jatuh pada tanggal hari lahir bapaku. jauh di sudut hati ini agak sedih kerna kedua-dua nenda tiada lagi. aku teringin menyarungi mereka dengan jubahku. malah aku lebih sedih kerna tidak berkesempatan menikah di saat mereka mahu aku menikah.yaa..boleh jadi si dia akab cucu menantu yg mungkin paling disayangi jika nenda masih ada lagi. sungguh.aku rindu mereka. alfatihah.. aku lagi teringat akan hajat makteh yang mahu aku..tidak menyelin...

Sungguh aku rindu

Perjalanan 2017 Nyata melelahkan aku. Sakit jerih perit itu. Moga mendewasakan aku. Diam takdiam Bulan kedua 2018 sudah menyapa aku. Aku masih kaku. Tanpa yearly wishlist yang biasa aku lakukan. Dan tahukah kamu Kurang dari 100hari ramadhan kan tiba lagi. Sungguh.. Aku rindu aku yg dulu. Dan Rindu juga momen dulu..​ Walau Ramadhan dah hampir kembali.. Aku masih tepu tak tepu. #titipanperantaudiyongpengjerr#

by oct 2017, im back.

Assalammualaikum w.b.t, dear blog, thanks for be there for me and only me. dear silent reader, thanks for stick to read and read. hopefully this will be continuous and improve me. glad to be back :) take a breath and its new! (^^))