kadang - kadang, kita suka punya peminat, biar ia misteri, menangkap keling mata, lihat meleret senyumnya, atau tersinggung cemburu bergaya. kita fikir tertanya, adakah itu sulaman cinta sekadar tanda. tapi melawan syaitan lebih kuasa, jejaka memandang kita, dicantikkan wajah kita di matanya, walau tanpa sepalit solekan muka. dibelakangkan pula, syaitan durjana memasang sengketa, disusupkan nafsu pada punggung nestapa, walau sebenar hanya papan semata. kadang kita menoleh kembali, itulah dosa kita, ingin dibalas senyum juga dosa, ingin ditatap mata juga boleh gegak gempita syaitan ketawa, mana taknya ia bahagia menang acara. adakah tak terdetik halalkan sahaja, atau kau bimbang takut mencuba. kadang kita suka juga, punya peminat heboh mengata, bukan kerana kita perasan bangga, tapi rupanya masih ada lagi insan bermanis mulut tak habis2 di dunia. kadang kita penat juga, menjadi epal tinggi pohonnya, digapai-gapai tak dapat, digegar tak luluh dari dahan...