Friday, April 25, 2014

Okeh.bukan kuasa duatiga.kuasa Allah ya.

:) Assalamualaikum w.b.t

Aku ada wali.

Itu la cerita yg sering disebar2kan oleh roomate ku.

Xpasti apa jalan ceritanya.
Semalam sekembali dari shah alam, kebetulan ak sampai bilik, roomate tengah dengar ceramah ustazah fatimah syarha.

Okeh.baru tahu itu penulis novel dan penulis skrip Aku ada wali.

Hmmm.
Ku google bioadata ustazah ini.
Subhanallah. Bagus dan cemerlangnya dia.

Buat aku terkesima.
Ya di abad ini, mereka hanya mendengar daripada org yg benar2 layak didengari.
Zaman ini terlalu senang didengari, namun disusahkan menuruti.
Bah kan ibarat seluruh perkara walau baik sekalipun perlu dijustifi dan dirujuk lagi barulah dituruti.
*Allahuakbar..hati ku usahlah kai begini.

Terasa layu ingin berlari.
Terasa tinggi nya hendak digalahi.
Terasa sepi..sepi-sepii...
Menepuk2 angin ke dada ini..

Ak mengambil bidang Pengurusan Fasiliti. Kuliah minggu lepas sudah merungkai akan kepeningan aku akan kos ini.

Mana tidaknya.
Semester yg sudah, aku seakan tidak percaya secara praktikalnya kos ini 24/7 kerjanya...terlalu sukar buatku rasa.....Menerima khidmat takkira tempat dan masa..sedang aku mula menyukai kerja 8jam sehari dengan sabtu ahad yang sesekali kerja.*part stress tu abaikan.

Aku sekali lagi terkesima.
Apa mahuku???
Aku mahukan kembali berkhidmat utk komuniti.
Tak cukup menyukarelakan hati dan waktu2 lalu ku mengikuti kelab2 di uni.. Aku masih mahu berbakti..

Tapi aku masih kaku lagi.
Takut takbisa membela bangsa
Takut tak mampu melawan pancaroba,
Takut tersungkur di akhir cerita.

Ya.
Itulah aku.
*melangut...ke laut sudah khayalku ini, apakah bahtera ini karam dilanda badai gelora. Bergetar sudah jiwa ini, mendengar siulan garuda si pembangkai.

Kuliah minggu lepas, terngiang2 kata penyampai "FM ibarat doktor..bezanya ia merawat suasana (bangunan,built in enviro etc) dengan melalui khidmat manusia(aduan khidmat pelanggan, etc)"
Ia ibarat satu titik tolak, bukan satu pujian tapi maklumat menyediakan kita ke masa akan datang.

Terkenang lagi kenangan di S.T.E.P, dakwah itu sukar namun kami sudah bersedia menghadapinya...

Aku sibuk membuat imbalan sendiri.
Bila doktor itu fasiliti manager. Maka keduanya tiada istilah jemu dan lelah.
Professional di mana2.

Aku mula membuat perkiraan. Menyertai usrah dan etc memberi satu lagi ruang litup yg baru. Memberi aku inspirasi, menjana fasiliti ke jalan Allah.

Ayat syeikh mohammad abduh "aku melihat ISLAM di Eropah tetapi tidak muslim.Aku melihat muslim di Mesir/arab tetapi aku tidak melihat islam" membuat aku terkedu.

Aku nampak ini "menjana khidmat komuniti melalui pengurusan fasiliti ibarat membuangkan duri d jalan para daie". Ya.. InshaAllah. Akhlak itu baik dan kan jadi lebih baik dengan ilmu dan kepakaran. Perbaikan ilmu ku maka baikkanlah akhlakku.

" Annas maadini, hiyaruhum fi jahilliyah, hiyaruhum fi islam, iza faqahua..

"manusia seperti logam, terpilihnya semasa jahiliyah, terpilihnya semasa islam, jika mereka faham"

Hingga sini dahulu, mari terus berusaha.
InshaAllah.maju dan cemerlang bersama.

Amin

Wednesday, April 23, 2014

Lagi 50 baucer kau.

Assalamualaikum...

Speed update ni.
Baucer buku berjaya ku manfaatkan.
Alhamdulillah.
Akhirnya list membantu.Apatah lagi aku sudah google semua buku di website mph sebelom gi beli.
Kesudahannya, buku yg tiada terus ditopup dengan buku2 sesuai untuk ibu ayah, dan adik2 dirumah.

Kini..

Tinggal lagi RM50. Either ringkasan sahih muslim atau hadith40 atau world is flat jadi taruhan.
Tgk mana dulu la.*kalau ade masa.

Malam ni,  genap la tggal lagi beberapa minggu sebelun anta thesis.
Okeh.

Check sikit ak nye kalender sendiri.



Hmm..
Doakan aku kawan.
Doakan aku, ibu2.
Doakan aku, macik.
Doakan aku semua.
Moga dipermudahkan, diberi ilham, kesyukuran, kekuatan, kesehatan, kegigihan dan cemerlang dunia akhirat terutama dengan menjayakan habiskan semester ini.
Amin.

Nota di tumit : Akak tu selalu support ak. Doakan dia gak eh. :)(:

Friday, April 18, 2014

Ku habiskan kau baucer buku

Assalamualaikum....

Membuat list.
Tetapi tiada idea.
List menghabiskan baucer buku..

Siap minta idea.Akhirnya....
Ini lah list ak.

Huhuhu...

Banyak gak heharap la sume buku ni ade.
Tips nye google mpholine.
Then taip je nama buku or apa-apa yg berkaitan dgn tajuk.

Keluarlah senarai buku siap harga.
Then, korang tulis la yg korang berminat.

Selamat mencuba!

Tuesday, April 15, 2014

Gambaran di tempat kerja hari ni

Assalamualaikum....

Penat.
Itu yg mampu ak katakan.
Mak ckp kalau kita ada rasa ikhlas kita pasti takkan rasa penat walau susah mana kerjanya.

*terhempok hati ini*

Hari2 sukar semakin menghampiri.
Bos ini melibatkan project fast track semuanya.siap/submit hampir pada bulan yg sama.

Alarm audit ISO juga tak lupa.

Ak tertanya2,
What the hack.
Ini amende.

Senarai tugas yg menanti2..
1.BRT
2.MIDA
3.ISO
4.PPR KEMUNING
5.THESIS

6.Update filling Sg Segget

Thesis??
Ak sendiri meraba2.
Kenapa semakin ke bawah kedudukan ranking priority thesis ni.

Ak tahu la aku digaji di kempeni ni.
Tapi...

Ak rase nak sedih.
Rasa nak benti.

Kesian kt mak. Mendengar rungutan.

Kesian kt Allah. Mendengar rintihan..
Sungguh Malu..segan... Mengadu ujian yg diturunkan oleh Nya.
Tapi Dialah(Allah) yg aku ade.
Seada-adanya.

Krikk.krikk...krikkk.

"berjalan di jalan yang terang.agar tiada jatuh dan tersungkur di persimpangan.berhati bila di jalanan...bimbang datang ujian menduga keimanan... "lirik alarm me- harapan tidak buta.... .

Wassalam.
#nota di tumit : bantulah aku.permudahkan hidupku.cukupkan timbangan aku untuk ke syurgaMu#amin#

Wednesday, April 09, 2014

Ion positif

Assalamualaikum w.b.t

Ku dihadirkan ke dunia untuk diuji.

Takkala aku kuat ku diuji erti
kehilangan.
Takkala aku tabah ku diuji erti
kesibukan.
Takkala aku sendirian ku diuji erti
kerinduan.
Takkala aku sepi ku hadirkan erti
sebuah usrah.
Takkala aku menggait berani aku
singgah tarbiah.
Takkala aku bersungguh aku
jelmakan taubat nasuha.
Sementara punya hari ini,
Ku sambutkan erti usaha.

Sedih.
Dalam dilema.
Sedih.
Dalam timbangtara.
Sedih.
Hati ini.
Sedih.
Lelahkah ini.

Ikhlas.
Di manakah engkau.
Ikhlas.
Muncullah engkau.
Ikhlas.
Fastasi tidak mampu menanggung realiti.
Ikhlas.
Usah bermain hanya dalam mimpi.
Momokan aku erti berbudi.

Aku bukan kerja untuk dikerjakan.
Aku tidak berkarya untuk dihargakan.
Aku untuk Tuhan ku.
Yang satu.
Satu-satunya.
ALLAH...
Dindingkanlah aku.
Mudahkan jalanku.
Senangkan ikhtiarku.
Aku tahu aku takpunya waktu.
Senggangku mahupun sibukku untuk Mu.

#dalam celahan kerja#klbrt#mida#pprmelaka#iso#thesis#jemputankifayah#

Aku ini apa?
Hanya seorang hamba.
Memohon diperkenankan segala amalnya.
Merintih ilmu menyemai dijiwa.
Memeluk iman merentangi jalan taqwa.
Mengharapkan dari syurga kembali juga di syurga.

Ayat 19, surah AnNaml : doa nabi sulaiman " Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham utk tetap mensyukuri nikmatMu yg telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua org tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yg Engkai ridhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh"

Ayat 103 & 104, surah AlKahfi :
"katakanlah (Muhammad) apakah perlu Kami beritahukan kepada mu tentang org yg paling rugi perbuatannya?, (iaitu) org yg sia2 perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik2nya"

Ayat AlBaqarah "dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat islam) umat pertengahan agar kami menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yg mengikuti rasul dan siapa yg berbalik ke belakang.Sungguh (pmindahan kiblat) itu sgt berat kecuali bagi org yg telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan Allah tidak akan menyiakan imanmu.Sungguh Allah Maha Pengasih Maha Penyayang kepada Manusia".

Thursday, April 03, 2014

apple-apple-apple

Assalammualaikum...


okeh.. 
tade pape nak update.
so, tengok je la gambo..

editnye satu je.

lain2 amik kat google..





abaikan kata-kata ini..takpaham dalam byk2 quote tg epal...jumpe yg ni..
hishh.statement pelik!.. pokok epal pon bukan cenggini...


we dont need any fruit to describe ourselves instead we got own attitude which guide our soul and keep behave.

i got invitation to join a camp on this weekend.
im fening..duno whether should go or coming to hometown coz my little niece back.

my bro asking me to go the programme which is called as  S>T>E>P (under ISMA..)

Step Towards Excellent Person.

Motip?

hmmm... im just a regular person.
i bet if the campmate asking why im there.
my asnwer will be like this " im here not to be an excellent person because im human which is imperfect. i here to move toward an excellent attitude (akhlak).excellent will be always Rasulullah s.a.w"

well what can i say...akhlak la yg membuatkan kita menjadi lebih baik. sebab dengan akhlak kita jadi ikhlas, amanah paling penting akhlak juga membentuk iman kita.

mungkin ada yg tak setuju, tapi buat masa ni..ini lah pandagan persendirian aku.


Allah Maha Teliti... bila setiap kali buat paperwork...
semua mesti nak cakap comparison must among apple to apple.
betul la kata Allah.
Ilmu Dia sgt luas berbanding manusia yg daif ni.

:'(

hakikat nya kita tetap ciptaan dia.
setiap ilmu kita adalah dasarnya milik dia.
kita ciput je.


*nota di tumit : i realize ak stat lupa....hmm... am i getting older or tarikh batu nisan ak dah dekat...

sekian.
Wassalam