Monday, January 20, 2014

Mr Right ~just hit issue~

Mr Right : assalammualaikum... Ada cari saya kah?
Miss Left : waalaikumsalam.oh.disini rupanya awak. Kat mana tadi?
Mr Right : Ade je kat area sini.
Miss Left : owhh... Heee...

~END~

CEIT.entry 2014 start with mr right issue.
Yep.this issue not just a hot issue but also hit me more than an issue.

Kelakar la plak.

Adeh~

Dengan mode mengaktifkan tahap memperbaiki diri disamping menempel di port2 popular macam kenduri, masjid, library, uni/class  yang selalu dikatakan berpotensi untuk mengusahakan jodoh.

Haha..(ketawa agar terhilangkan awkward topik ni). Namun, acapkali kehadiran di sana tidak aku sertakan dengan niat "penjodohan" ini. Tiada berani berhelah dengan Allah di tempat yg baik. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui isi hati malah tindak tanduk kita kan...^^

Lambakan menghadiri kenduri walimah (perkahwinan) menambahkan lagi potensi berdepan dengan soal2 lucu macam "kau bila lagi?", "kau tunggu ape lagi" paling tak ley blahh klu gi tanya "kau ni nape tak de lagi?????!!!!!"

Shiot.
*cis...tak baik cakap shiot tau..!(tutop telinga)

Paling menyampah bila berkumandang bedilan2 yang pedas dan bisa menbinasakan mood happy dengan komen2 "kau memilih sangat", "tu la jual mahal!", "kau tak cari...mane nak dapat", malah "kau expect tinggi sgt ni"...

Terasa dan teruja kalau ak dapat membalas kata2 ini dengan "dari kau judge ak, baik kau tolong carikan untukku" <noktah>

Kelakar la bila pikir balik sebab norm ak nye jawapan hanya dengan "taichi" to another topic, "taichi" the point to another people..geeeee

Tapi semenjak dah jadi usler kat soalan camni. Bijak dah dengan kubu jawapan selamat mula2 dengan "inshaAllah, doakan ak dgn dia" sekarang "inshaAllah, doakan majlis kami pula ya" <noktah><noktak><noktah>

Pesan lukman nul hakim kepada anaknya (ade byk tp ni yang ak nk gitau...)

1.wahai anakku!apabila kau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
2.wahai anakku!bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu.perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata2 bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
3.wahai anakku!tiada kebaikan bagimu mempelajari apa yang kamu belum ketahui sedang kamu belum beramal dengan apa yang kamu ketahui.
4.wahai anakku!ingatlah dua perkara iaitu Allah swt dan mati, lupakan dua perkara iaitu kebaikan kamu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain
5. Wahai anakku!Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

Begitulah hikmahnya nasihat lukman yang bisa kita ambil iktibar kiranya.

Semoga bertemu lagi di lain entry.

Nota di tumit : Kepada mr right, maafkan ak if ak wrongly create character on which and how you are mungkin kita pernah berjumpa atau,berdoa atau berfikir sesama cuma; Allah tentukan kita belum masa. . .
Hihi. Mari terus berusaha!

2014... Looking forwad for you..with a big smile, alhamdulillah.*pic for you*

Tuesday, January 14, 2014

Pencapaian Pencapahan

Assalammualaikum w.b.t...

Kasih sayang Allah...
"aku adalah seperti sangkaan hambaku terhadapku, dan aku bersamanya ketika mereka mengingatiku. Sekiranya mereka mengingatiKu dalam satu majlis.Aku pasti mengingati mereka dalam majlis yg lebih mulia lagi.Sekiranya mereka mendekatiKu sejengkal, Aku pasti mendekati mereka sedepa.Sekiranya mereka mendekatiKu sedepa, Aku mendekati mereka lebih daripada itu.Sekiranya mereka mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku mendekati mereka dalam keadaan pantas" (hadith riwayat Muslim)

Sekiranya kita sedar akan kehidupan diwarisi kematian, sebagaimana setiap hak sementara akan diujurkan hak kekal abadi(akhirat)... Malang sekali kitalah yang melata menentukan bagaimana kita mati dan syurga mana ingit ditujui.. (penggunaan tempat berlawanan dari syurga adalah dihindari bagi memotivasikan kemahuan ke atas perkara yg baik2 dari tempat yg azab dan keji)

"dia mentakdirkan adanya mati dan hidup bagi menguji dan menzahirkan keadaanmu. Siapakah antara kamu yang terbaik amalnya.Dia Maha Kuasa Lagi Maha Pengampun bagi org2 yg bertaubat"(ayat2, surah Al-Mulk)

Maka,
"jangan kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melaikan kaum yg kafir"(ayat 87, surah Yusuf)

"kami tidak meminta rezeki daripada kamu, bahkan kami yang memberi rezeki kepada kamu. Oleh itu kesudahan yang baik adalah untuk mereka yang bertakwa"(ayat 132, surah Toha)

Begitu lah serba sedikit tentang mukadimah kali ini, memandangkan aku lihat ramai yg melakukan entry hightlight semua azam tahun lepas kemudian diupdate kepada tahun ini...
Tahniah atas pencapaian itu tapi aku tertanya pencapahan dari pencapaian itu.

Capah itu adalah kaedah memperhalusi.ia digunakan melalui bahasa sains hasil daripada titik2 fokus cahaya putih lalu diperhalusi (capah) menjadi fokus yg lebih halus dan detail nya menjadi 7gemilang di dalam warna pelangi.. Warna itu ialah kami hafal dari sekolah rendah adalah sebagai Maikel Jeksen Kene Hantar Balik India Utara yang merupakan kata kekunci Merah Jingga Kuning Hijau, Biru, Indigo, Ungu...

Selain itu disudut lain ia juga digunapakai sebagai sudut capah juga.

Pencapaian kita tak kiralah sama ada.besar kecil lebar sempit perlulah dicapahkan juga. Pencapahan itu membolehkan kita melihat lebih spesifik malah menstrategi kan semula formula dan langkah adaptasi mencapaikan erti nikmat dan syukur terhadap kekuasaan Allah yang membenarkan kita. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui Maha Teliti lagi Maha Pengasih dan Penyayang..

Oleh itu, selamat mencapahkan pencapaian kamu. Kerna aku juga sedang menyenaraikan dan sedang menjejaki bagaimana dari zarah menjadi atom, meneropong mana itu DNA mana satu sel malah moga bersama menghiasi karakter denga akhlak muslim sebenar...hehee..Jangan lupa untuk penuhi walimah yang dijemput mahupon mengikuti program2 yang bwrmanfaat juga.
Selamat beramal.. *gamba adalah titipan kali ini..wabillah hi taufiq wal hidayah wassalammualaikum.warahmatullahhiwabarakatu

Wassalam.. :)

Maulidur Rasul

Assalammualaikum...w.b.t
Alhamdulillah.telah pon masuk tahun baru...

Setiap kali tahun baru, mesti semua sibuk dengan azam baru.
Lebih jelas lagi, akan mula membuat wishinglist la katakan. Ada juga speaker motivator yang menyatakan tak salah menulis apa jua keazaman kita. Tapi mulakan dengan menyenaraikan semua kelemahan atau kekurangan kita terlebih dahulu.barulah senaraikan azam2 baru. Mungkin ini akan menjadikan kita lebih fokus akan dimana dan yang mana satu kelemahan perlu kita perbaiki.

Baiklah.itu mukadimah entry tahun baru.. Alkisah juga hari ni adalah hari kelahiran Nabi kita, Muhammad s.a.w.
Teringat kisah nabi s.a.w, yang mengajar Muaz bin Jabal akan satu doa yang bermanfaat.
(1)refer to pic number one
Doa ini bermaksud "Ya Allah bantulah kami dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperelokkan ibadah ku kepada Mu" (lebih kurang camni la maksud doa tu)

(2) refer to pic number two
Oleh itu, tak lupa juga marilah berselawat ke atas Nabi kita..

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
Slm maulud nabi n mari perbanyakan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Semoga kita menerima syafaat dari baginda Rasulullah..Amin

Hingga bertemu lagi di lain entry.
Wassalam

Tuesday, January 07, 2014

Flashback Nasyid

http://www.youtube.com/watch?v=hGu0H5IyUd8&feature=youtube_gdata_player