Alhamdulillah... akhirnya aku berpeluang untuk melepaskan jawatan yang selama ini membelengui diri aku dengan amanah dan tanggungjawab. saat hati itu sudah bulat, andai ditolak ia bergerak, andai ditepi, ia tetap kan bergerak. bak masa yang pantas..lalu memancung seakan ninja mencantas jiwa kita. memotong landasan ke haluan kita, membidas sebuah harapan yang menjadi punca, menguji perhatian dan fokus biar sengketa. bos menghantar beberapa bos kecil untuk memujuk aku...# biarpun jawapan ku padu, biarpun jiwa ku kian lesu, biarkan aku...usah diseru. sepatutnya aku berakhir di pejabat itu, 29hb februari. Dalam februari itu bos besar meminta agar aku ambil sebulan lagi...yang memaksudkan akhir mac aku masih di sini.. jawapku mudah ~ jika diminta seminggu extent pun, saya perlu pikirkan dahulu...inikan sebulan.~ almaklumlah, 2 tahun 5 bulan dulu...janji sebulan juga..namun lama sudah aku di sini..janjinya sebulan sahaja kemudian kembali ke kampung. di ibu kota, anak...
masa itu mendewasakan. pengalaman itu mematangkan. berhadapan itu menabahkan. taqwa itu membentengkan. "saya ialah seorang sedang berusaha menjadi lebih baik dalam ilmu dan amal.Andai tak sempat saya penuhi ilmu, semoga Allah memberi saya akhlak yang baik kerana saya takut tak sempat menjengah taubatMu."