Assalammualaikum w.b.t
Perkara di atas adalah dirujuk, sy nur mohd 619sedang mencari inspirasi juga booster jati diri.
Ini kerana saya mendapati dari hari ke hari menghampiri berakhirnya detik 2013 menjadikan saya semakin berat untuk melangkah.Ibarat semakin hari, semakin terselam..terancam...huhu.
Saya juga mendapati pengurusan masa saya juga semakin tidak stabil walaupon sudah 5tahun saya tidak lagi memakai jam digital malah langsung tidak pernah menggunakan jam pasir zaman firaun.
Keadaan kewangan kelihatannya mendung juga akibat daripada kelewatan pengesahan bendahari dari pihak pelanggan yang telah kembali dirasai. Minyak kereta dan topup touch n go yang sudah tidak bermaya turut mengakibatkan keraguan melanda diri ini.
Ketabahan dan kekukuhan yang selama ini sedia maklum sedang bergoyang akibat gegaran dari sudut kekosongan booster inspirasi. Usaha2 membangkitkan rajin dalam diri nampak kurang... Silap... nampak tidak memberangsangkan lagi jiwa ini.
Dialog bersama mak juga tidak kesampaian (since mereka didalam leisure period-cuti skola). Selain itu, sikap encounter melalui alternatif kebiasaan gemar mengimbangi penggunaan otak kanan dan otak kiri juga tidak dapat dijana sekaligus memati minat pengurusan diri.
Digambarkan mungkin musim salji kali ini tiba lebih awal dan ia memberikan cold-heart feeling with frozen my normal attitude, pale face and response would pending.
Dengan kata semangat pengajar, yang meminta menulis dengan hati membuatkan ketidakpastian itu menjadi pasti. Hatiku bukan dicuri tetapi ia sudah lari.Larian zigzag membuatkan perjalanan ini menjadi sukar diganti, benar firman Tuhanku manusia dibolakbalikkan hatinya..
Ku doakan
“Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazan, wa a’udzubika minal 'ajzi wal kasl, wa a’udzubika minal jubni wal bukhl, wa’audzubika min ghalabatiddayni wa qahrirrijaal"
Maksud: Aku berlindung kepada Allah dari rasa gelisah dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan kikir, dan bebanan hutang serta kelengahan manusia".
Juga mohon kemudahan dengan bait
"Rabbana atina min ladunka rahmah,wahayyi lana min amrina rasyada"
Maksud : Ya Tuhan kami, berikanlah
rahmat kepada kami dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.
"Rabbi yassir wala tu a'ssir.Rabbi tham min bil khairun warisin waljadid muslimah"
Maksud : Ya tuhanku, kai permudahkan..usah sukarkan.Ya Tuhanku kau akhiri dengan warisan yang baik2 dan muslimah terbaik
Bersama ini jua, dilampirkan adalah untuk rujukan usaha mahu mencetuskan kerajinan tulus dari hati dan sanubari.
Semoga dengan penulisan dari hati ini dapat membentuk inspirasi menulis dan menyiapkan asimen, kerjakursus, kertas kerja dan urusan yang diamanahkan. Diminta diri ini cemerlang mengharungi dunia ini agar dapat mendedikasikan impian syurga ukrawi.
Sekian wassalam.
Comments
Post a Comment
(66;) : " singgah bersila, senyum terukir,
follow la kita, komen secangkir..."
(66D) : "berbalas komen berpimpin tangan,
mekasih lah sudi di sini kita berhubungan...;"