Skip to main content

Manusia dan eksperimennya

Assalammualaikum w.b.t

Semalam pelbagai peristiwa yg menguji kesabaran. Ternyata ak masih insan yang lemah, hamba yg tak bisa lari dari ujian dan pengharapan. Harapan itu besar skopnya, seluas alam. Mungkin silap kita yg tamak tanpa memilih yang mana yg lebih utama dan yg mana lebih penting. Klimaks sabar yg mencakupkan ak erti hilang pertimbangan. Silap.
Itu silap ak.
Hilang karakter normal.
Nasi sudah menjadi bubur.
Tiada lagi senyum yang biasa.
Ucapan tegas telus formal dilontarkan malah mungkin di mata adik pekedai ini menyimpan memori ak sebagai memori terburuk baginya. Jauh di hati, doakan moga kita menjadi yg lebih baik.

Pagi ini membaca buku "nota hati seorang lelaki" tulisan pahrol mohd juoi. Membina pengajaran akan hari semalam.

Bercerita tentang eksperimen manusia pertama yang mampu berbicara dengan haiwab. Itu la nabi sulaiman dan semut. Nabi bertanya akan semut berkenaan berapa makanan yg ia perlukan untuk hidup setahun, maka semut menjawab ia perlukan sebutir sebesar gandum. Nabi Allah pun mengambil makanan sebesar itu dan memasukkan semut ke dalam botol. Usai setahun, Nabi mendapati hanya separuh dari sebutir gandum dimakan semut lalu ia bertanya akan hal itu. Semut menjawab jika di luar botol, rezeki nya dicukupkan Allah dan ia tidak perlu gusar akan hakikat itu.Namun apabila ia dikurung, ia berjaga2 dan berjimat kerna xyakin sifat prihatin manusia yang manakan tahu apakah terlupa akan membebaskannya lebih dari setahun..

Nah.Aku pon tersedar akan ini. Jaminan Allah yg lebih hakiki dari jaminan untuk rantaian hubungan sesama manusia.
Waranti untuk jaminan servis, guranti pula jaminan produk itu sendiri. Malah pendedahakan performance bond dan retention fund juga antara yg dirancang oleh manusia.

Sedangkan semut sendiri yakin dan pasti akan jaminan Allah inikan aku sebagai manusia berakal. Jaminan Allah lebih berhak aku dakap berbanding mendakap kebergantungan manusia yg seperti ak.

Sungguh kasian ke atas aku kerna alpa akan ini. Ujian semalam benar menyedarkan aku akan besarnya erti hidup. Pepatah pagi ini yg ku temui adalah pengakhiran setiap pertemuan adalah memori. Otak manusia adalah cpu terbaik.Simpanan memori nya biasanya masih mampu mengingati dan ulang kembali akan simpanan terdahulu juga terkini. Apatah kita bisa memberi akhlak terbaik untuk menyantuni hak harga sebuah memori manusia lain. Aduh. Besar kan tanggungjawab kita sesama hak manusia. Hak dia (manusia lain) adalah nasihat dan berpesan2.

Inilah manusia. Kadang kita bertemu org yg kurang baik bukan kerna kita belum cukup baik tetapi untuk memberi jalan kita menjadi lebih baik.

Hak eksperimen adalah melihat dengan mata hati. Itulah yang menerangi hidup kita dan menghiasi diri di akhirat.

"surah AsSyam ayat7-10" - berkenaan pilihan yg Allah ilhamkan pada kita.dan kitalah memilihnya...

Lalu diingatkan juga

"Segolongannya ke syurga, segolongan lagi ke neraka"
surah assyura ayat 7

Tiada hak kita menjadi golongan yg tengah2. Apabila pilihan hujung hanya dua.
Syurga atau Neraka.

Semoga bersama menjadi yg lebih baik, ditetapkan hati, fokus berusaha, telus, terbela, dikasihi dan dilindungi dgn Rahmat Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Sungguh aku rindu

Perjalanan 2017 Nyata melelahkan aku. Sakit jerih perit itu. Moga mendewasakan aku. Diam takdiam Bulan kedua 2018 sudah menyapa aku. Aku masih kaku. Tanpa yearly wishlist yang biasa aku lakukan. Dan tahukah kamu Kurang dari 100hari ramadhan kan tiba lagi. Sungguh.. Aku rindu aku yg dulu. Dan Rindu juga momen dulu..​ Walau Ramadhan dah hampir kembali.. Aku masih tepu tak tepu. #titipanperantaudiyongpengjerr#

~bahasa oh bahasa~ PART 1 ~ke utara

Assalammualaikum.. sari berita penting.bahasa jiwa bangsa.punahlah bahasa,musnahlah bangsa..(ayat dalam tv..hihik) sila lihat, baca dan renungkan.apa itu. bercerita tentang bahasa, saya tidaklah petah berbahasa melayu yang landskap lengkap berbunga, punya rama-rama, prasarana berkerusi dan tersusun elok pasunya. Tetapi saya sentiasa berusaha menggunakan segala kata kerja, kata nama, penjodoh bilangan, pelengkap ayat dengan sebaik mungkin. (secara informal, sedar akan kelemahan ini setelah terlalu angkuh bercakap melayu pasar.oleh itu sedang empowering the langua semula....huhuhuu) ehem.pencemaran bahasa harus diawasi. malaysia ini banyak pasarnya maka bukan sahaja bau pasar berbeza malah pasaran bahasa mengikut dialek latar belakangnya juga amat berbeza. pasaran ini selalunya mengikut negeri sebab kalau ikut famili, memang wujudlah golongan yang tidak pernah langsung berbahasa melayu asli di dalam rumah. apapun..sekarang nak cerita tentang penguasaan bahasa saya. Saya

selamat berhari..hari....

Assalammualaikum w.b.t... merujuk tajuk di atas...adalah sekarang opis aku dah sibuk berkemundangan lagu "selamat berhari raya..ucapanku untuk semua"..ececeh.nk nyanyi gak...ala2 rahimah rahim jap.kikiki buat ak tringat..dari dulu sampai sekarang, ayah aku suka mood raya.mood dgr lagu raya kt dalam kerete mase OTW balik kampung dier..... anak2 tido, xteman dier mandu pon xpe..coz he got that feeling!wlpn he has no talent to sing according the rhytme..die layan je.hehe :) thats my daddy. semalam, ak collapse.. aku bangun utk solat asar then terus masak nasik air (padahal bubur) je. campakkan kiub ikan bilis kasik ade la flavour. pastu nasib baik ade sambal ikan bilis spare. berbuka dengan tu je.then solat mgrib n tdo. dalam tdo terbawak2, flashback.. yep flashback. haha.. mungkin betol kata org.. ak kne sakit pale sebab banyak pikir. hahaha. but how should i off my mind from working mode. aku rase klu aku koma pon. mesti otak ak still ber'jalan2'. kad