Assalammualaikum dan salam satu-satunya...
itu lah topiknya.. |
kadang-kadang kita suka membandingkan perkara yang kita ada dan belum ada,
tapi sebenarnya itu tanda perkara syukur adalah apa yang kita belom ada..
beberapa bulan yang lepas, aku telah tender resign di company sebelumnya.
lalu ku mohon melanjutkan pengajian, mohon kerje dan tak lupa kumohon PLF (Programme Leader Fellowship) juga..
semua permohonan ku terjawab, namun bukan ia datang pada satu masa yang sama selepuk..
mula2 ku terima lanjut pengajian, dan kemudian ku terima PLF, akhirnya kerja pon ku terima.
istikharah ku tidak menjawab antara pengajian dan PLF.
dan atas beberapa faktor, aku menangguhkan pengajian dan terus bekerja..
segalanya berubah.
hati ku juga berubah. bagai merajuk membawa diri kerana melepaskan keduanya.
di tempat kerja baru, aku mula menyesuaikan diri.
melihat status2 teman sepejuangan PLF, membuat aku merasa bangga dan mendoakan kejayaan mereka di sana.
owh.tuhan.kau duga hati ku agar berjuang di arena apa ini.
selepas hampir 2 bulan di sini, kelmarin bos panggil aku ke biliknya.
aku dikhabarkan projek yang sepatutnya di tempat asalku, company telah menarik diri. Bos mula bertanya adakah kau mahu jika company hantar mu ke selatan penjuru semenanjung.
aku keliru.
dan hingga hari ini, aku masih tertanya-tanya.
apakah peluang aku ini lebih baik dari yang lain.
jika ku adukan pada Abang yang baru menerima kehadiran bayinya.
adakah abang akan menyokong dan memberi pendapatnya.
dan aku bingung.aku tak tahu.
ku serahkan perjalanan hidup ini padamu ya rabb. kau sebaik2 perancang. rencanakanlah hidupku dengan keberkatan, magfirah dan manfaat kepada aku juga agama mu.
P/s :
" rabbana firlana wa li ihwaninal lazi na sabaqu na bil imani, wala taj 'al fi kulubina ghillallillazi na amanu,
rabbanaa innaka ra ufur rahim" (surah Al-Hasyr, 10)
Ya tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah kau tanam kedengkian di hati kami terhadap orang beriman. Ya tuhan kami, sesungguhnya kau Maha Penyantun, Maha Penyayang.
semoga kau berikan aku jalan yang lebih baik dari sebelumnya agar redhamu tak lekang bersamaku.
Comments
Post a Comment
(66;) : " singgah bersila, senyum terukir,
follow la kita, komen secangkir..."
(66D) : "berbalas komen berpimpin tangan,
mekasih lah sudi di sini kita berhubungan...;"