Wednesday, March 05, 2014

Karakter manusia dan simptom2 lupa dunia

Assalamualaikum...

Bila cakap tentang karakter, mesti orang akan kaitkan dengan berbagai2 aspek.. Cara makan la, cara tidor la, cara duduk, body languange, termasuklah jenis kasut.

Adehhh.
Aku tak paham kenapa la ada yg terlebih particular dengan memanipulasi melalui simptom2 jenis pemakaian kasut ni.. Fanatic kasut agaknya. Ini semua barat ni..barat.. Memberat...

Dari zaman sekolah, aku sempoi, lowprofile, xsuke diamik gambau, banyak bende yg suke la senang cite.huhuhu...

Bila nak keluar uni, kene gi finishing skool siap diajar dan diigtkna tentang grooming n dressing.
Motip?kononnye masa interview la...
Nak dapat keje usahanya.

Bila dah keje, imej dan character grooming ni menjadi satu drpd hiburan kot.pada ak, baju selesa dan pemakaian yg selesa bole bagi mood mengadap keje.

Hmmm. Selain dari dapat la tutup aurat dengan kasut bertutup... Kira membantu sekali kita ni bawak imej company. Paling penting ia juga membantu imej kita sebagai umat nabi juga. Alhamdulillah dpt kesedaran ini..

Cuma kadang sampai sekarang aku still rasa, "eh!apsal takley cmni", "eh.asal takleh camtu".... Rupanya nak kenekan karakter gaya korporat.
Ececeh.

Terasa plastik..hipokrit..

Sebab tu la islam yg shumul mengajar kita erti sederhana dan istiqamah.
Setiap tindakan kita bermula dengan niat.yep... Kalau rasa tak tahu nak niatkan apa, niatkan kerana Allah. InshaAllah...  Allah gerakkan hati kita mengikut jalan keredhaannya.

Aku tabik la gak pengasas ilmu2 "simptom karakter melalui kebiasaan/segi luaran org".. Kemain gajin eh ko bukukan pemikiran korg tu.

Walaupon ade pepatah ilmuwan "catitlah ilmumu kerana ilmu tanpa catatan ibarat menangkap ikan tanpa menutup jaring yg menyimpan hasil tangkapan"

Maksud die lebih kurang la "takguna tangkap ikan akhirnya terlepas sbb ko xtutup beledi (baldi) ko tu atau lebih dekat lagi ilmu tu boleh hilang wei"

Ditambah kalu baca ayat quran, Allah tu memang Maha Mengetahui. Terornya Allah tu sampai banyak sgt ilmu die sampai kalau manusia catat ilmu die pakai semua air laut dan ditambah lg 7kali air laut maka tak cukup lagi nak cover atau dalam kes ni 'kuman' sgt ilmu karakter2 ni..

"dan seandainya pohon dibumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta ditambahkan kepada 7laut lagi sesudahnya, nescaya tidak akan habis2 ditulis kalimat Allah.Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana( Surah AlLuqman ayat27)

maka seharusnya kita lebih ingatkan Maha Suci Allah yang berhak kita kagumi ilmu nya. Maha Suci Allah juga lah yang menentukan hak dari sekecil-kecil ilmu sehingga sebesar-besar ilmu. Allah pertemukan kita setiap hari dengan org yg berbeza2 adalah satu jambatan ilmu yang mana menghubungkan kita sebagai perkongsian intelek dan mengembangkan generasi.

Allah hu akbar!
Tiada istilah yang bukan milik Engkau yang bukan milik kau.segalaNya milik Kau ya Tuhan.

Org dedulu di saat islam masih baharu di kampungku, hampir semua benda bermula dengan bismillah.
Kemudian setiapnya diakhiri dengan alhamdulillah.

Kini, dari kecik kita belajar doa sebelum dan selepas perlakuan yang rutin harian kita.
Namun, Adakah sampai sekarang kita masih amalkan doa sebelum makan?
Lemah nya kita, ilmu itu kita kan dah ada. Seramai mana yang masih membaca doa selepas wudhuk, selepas azan dan doa selepas banghn dari tidur.....

Allahuakbar..

Doa2 ini telah kita temui di zaman sebelum lupa (zaman kanak2 hingga remaja).. Kadang kita lupa.kita leka.kita bukanlah bakal imam.kita bukan hanya bakal makmum.tapi kita adalah bakal jenazah.

Menangiskah kita mengenangkan malam pertama kita di kubur.
Allah.
Ampun kan kami ya Allah.
Berkatilah hidup kami di dunia dan akhirat.

Meratapkah kita di hari penghitungan.
Ya Allah. Bantuilah kami untuk tetap dijalan yg Kaubredhai.Halangilah kami dari terjelumus jalan yg hina di sisi Kau ya Rabbi.

Allah di hati kita.
Allah memerhati kita.
Dia peneman kita.
Dialah satu2 yang berhak di saat kita sukar dan senang.
Malulah kita kalau kita tak sedar akan kecintaanNya terhadap kita

Nabi Muhammad itulah rolemodel kita.
Nabi itu lah kekasihNya.
Setiap kesukaan Allah adalah kesukaan Nabinya.Setiap kebencian Allah adalah kebencian nabi dan turutlah kita juga.

Nabi inilah juga pencinta kita.
Cintanya terhadap kita tiada penghujung hingga Baginda Muhammad ini dilanjutkan barakahnya dengan dibenarkan Allah  memberi syafaat di hari akhirat.

Ya rabb...Maha Suci kau.

Sesekali aku teringin sekali.
Teringin mengumpul duit sendiri.untuk kuukirkan nisan buat nama ku.
Buat ku kenang setiap jumaat, kan kemana lanjutku.
Sesekali aku teringin sekali menyediakan persalinan terakhirku,
Buat memastikan keadaan terbaik aku meninggalkan dunia.
Dan berkali2 aku mahukan akhlak yang baik, agar aku meninggalkan karakter baik kepada teman2 ku.
Malah berkali2 aku mahukan solat ku dan taubatku menahan aku menjejak pintu neraka.
Tanpa malu dan jemu ku,
Aku mohon Tuhan, janganlah dosa2 silam ku menahan aku dari memasuki syurga firdausmu.

Semoga dengan penulisan kali ini, memberi manfaat kepada pembaca. Mohon Allah memberi kita karakter dan peribadi selari dengan syiar islam dan diberkati amalan kita.
Allahumma amin..

Nota di tumit : Gambar adalah buat tatapan hiasan semata-mata

No comments:

Post a Comment

(66;) : " singgah bersila, senyum terukir,
follow la kita, komen secangkir..."

(66D) : "berbalas komen berpimpin tangan,
mekasih lah sudi di sini kita berhubungan...;"