:) Assalamualaikum w.b.t
Aku ada wali.
Itu la cerita yg sering disebar2kan oleh roomate ku.
Xpasti apa jalan ceritanya.
Semalam sekembali dari shah alam, kebetulan ak sampai bilik, roomate tengah dengar ceramah ustazah fatimah syarha.
Okeh.baru tahu itu penulis novel dan penulis skrip Aku ada wali.
Hmmm.
Ku google bioadata ustazah ini.
Subhanallah. Bagus dan cemerlangnya dia.
Buat aku terkesima.
Ya di abad ini, mereka hanya mendengar daripada org yg benar2 layak didengari.
Zaman ini terlalu senang didengari, namun disusahkan menuruti.
Bah kan ibarat seluruh perkara walau baik sekalipun perlu dijustifi dan dirujuk lagi barulah dituruti.
*Allahuakbar..hati ku usahlah kai begini.
Terasa layu ingin berlari.
Terasa tinggi nya hendak digalahi.
Terasa sepi..sepi-sepii...
Menepuk2 angin ke dada ini..
Ak mengambil bidang Pengurusan Fasiliti. Kuliah minggu lepas sudah merungkai akan kepeningan aku akan kos ini.
Mana tidaknya.
Semester yg sudah, aku seakan tidak percaya secara praktikalnya kos ini 24/7 kerjanya...terlalu sukar buatku rasa.....Menerima khidmat takkira tempat dan masa..sedang aku mula menyukai kerja 8jam sehari dengan sabtu ahad yang sesekali kerja.*part stress tu abaikan.
Aku sekali lagi terkesima.
Apa mahuku???
Aku mahukan kembali berkhidmat utk komuniti.
Tak cukup menyukarelakan hati dan waktu2 lalu ku mengikuti kelab2 di uni.. Aku masih mahu berbakti..
Tapi aku masih kaku lagi.
Takut takbisa membela bangsa
Takut tak mampu melawan pancaroba,
Takut tersungkur di akhir cerita.
Ya.
Itulah aku.
*melangut...ke laut sudah khayalku ini, apakah bahtera ini karam dilanda badai gelora. Bergetar sudah jiwa ini, mendengar siulan garuda si pembangkai.
Kuliah minggu lepas, terngiang2 kata penyampai "FM ibarat doktor..bezanya ia merawat suasana (bangunan,built in enviro etc) dengan melalui khidmat manusia(aduan khidmat pelanggan, etc)"
Ia ibarat satu titik tolak, bukan satu pujian tapi maklumat menyediakan kita ke masa akan datang.
Terkenang lagi kenangan di S.T.E.P, dakwah itu sukar namun kami sudah bersedia menghadapinya...
Aku sibuk membuat imbalan sendiri.
Bila doktor itu fasiliti manager. Maka keduanya tiada istilah jemu dan lelah.
Professional di mana2.
Aku mula membuat perkiraan. Menyertai usrah dan etc memberi satu lagi ruang litup yg baru. Memberi aku inspirasi, menjana fasiliti ke jalan Allah.
Ayat syeikh mohammad abduh "aku melihat ISLAM di Eropah tetapi tidak muslim.Aku melihat muslim di Mesir/arab tetapi aku tidak melihat islam" membuat aku terkedu.
Aku nampak ini "menjana khidmat komuniti melalui pengurusan fasiliti ibarat membuangkan duri d jalan para daie". Ya.. InshaAllah. Akhlak itu baik dan kan jadi lebih baik dengan ilmu dan kepakaran. Perbaikan ilmu ku maka baikkanlah akhlakku.
" Annas maadini, hiyaruhum fi jahilliyah, hiyaruhum fi islam, iza faqahua..
"manusia seperti logam, terpilihnya semasa jahiliyah, terpilihnya semasa islam, jika mereka faham"
Hingga sini dahulu, mari terus berusaha.
InshaAllah.maju dan cemerlang bersama.
Amin
Comments
Post a Comment
(66;) : " singgah bersila, senyum terukir,
follow la kita, komen secangkir..."
(66D) : "berbalas komen berpimpin tangan,
mekasih lah sudi di sini kita berhubungan...;"