Assalamualaikum w.b.t
Ku dihadirkan ke dunia untuk diuji.
Takkala aku kuat ku diuji erti
kehilangan.
Takkala aku tabah ku diuji erti
kesibukan.
Takkala aku sendirian ku diuji erti
kerinduan.
Takkala aku sepi ku hadirkan erti
sebuah usrah.
Takkala aku menggait berani aku
singgah tarbiah.
Takkala aku bersungguh aku
jelmakan taubat nasuha.
Sementara punya hari ini,
Ku sambutkan erti usaha.
Sedih.
Dalam dilema.
Sedih.
Dalam timbangtara.
Sedih.
Hati ini.
Sedih.
Lelahkah ini.
Ikhlas.
Di manakah engkau.
Ikhlas.
Muncullah engkau.
Ikhlas.
Fastasi tidak mampu menanggung realiti.
Ikhlas.
Usah bermain hanya dalam mimpi.
Momokan aku erti berbudi.
Aku bukan kerja untuk dikerjakan.
Aku tidak berkarya untuk dihargakan.
Aku untuk Tuhan ku.
Yang satu.
Satu-satunya.
ALLAH...
Dindingkanlah aku.
Mudahkan jalanku.
Senangkan ikhtiarku.
Aku tahu aku takpunya waktu.
Senggangku mahupun sibukku untuk Mu.
#dalam celahan kerja#klbrt#mida#pprmelaka#iso#thesis#jemputankifayah#
Aku ini apa?
Hanya seorang hamba.
Memohon diperkenankan segala amalnya.
Merintih ilmu menyemai dijiwa.
Memeluk iman merentangi jalan taqwa.
Mengharapkan dari syurga kembali juga di syurga.
Ayat 19, surah AnNaml : doa nabi sulaiman " Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham utk tetap mensyukuri nikmatMu yg telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua org tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yg Engkai ridhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh"
Ayat 103 & 104, surah AlKahfi :
"katakanlah (Muhammad) apakah perlu Kami beritahukan kepada mu tentang org yg paling rugi perbuatannya?, (iaitu) org yg sia2 perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik2nya"
Ayat AlBaqarah "dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat islam) umat pertengahan agar kami menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yg mengikuti rasul dan siapa yg berbalik ke belakang.Sungguh (pmindahan kiblat) itu sgt berat kecuali bagi org yg telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan Allah tidak akan menyiakan imanmu.Sungguh Allah Maha Pengasih Maha Penyayang kepada Manusia".
Comments
Post a Comment
(66;) : " singgah bersila, senyum terukir,
follow la kita, komen secangkir..."
(66D) : "berbalas komen berpimpin tangan,
mekasih lah sudi di sini kita berhubungan...;"